Sat. Apr 27th, 2024

Program Jalinan Kasih KPWKM bersama NGO 2023

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah menganjurkan Program Jalinan KASIH KPWKM Bersama NGO 2023 bagi memastikan hala tuju dan agenda nasional dalam pemerkasaan wanita, keluarga dan masyarakat dapat direalisasikan selaras dengan nilai-nilai teras Malaysia MADANI.

Program ini merupakan platform kepada NGO untuk berkongsi pandangan dan pengalaman dalam menambah baik mutu perkhidmatan kepada kumpulan sasar di samping meluaskan jaringan kerjasama yang lebih strategik dalam kalangan NGO.

Pengerusi Pertubuhan Penulis Isu-isu Wanita Nasional (Penawan), Pn Hajah Mahayati Ibrahim telah berkesempatan menghadiri Program Jalinan KASIH KPWKM Bersama NGO 2023 Program yang berlangsung pada 6 November 2023 (Isnin) dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang sudah tentu memberikan berbagai info yang menarik kepada semua NGO yang datang dari seluruh pelusuk negeri.

Selain daripada pembentangan daripada wakil agensi KPWKM yang membentangkan perihal merealisasikan hala tuju agenda dan pemerkasaan wanita,keluarga dan masyarakat..program yang diadakan di Dewan Tun Dr. Ismail, World Trade Centre, Kuala Lumpur ini juga sarat dan padat dengan perkongsian daripada beberapa NGO berkaitan aktiviti- aktiviti yang dilaksanakan masing-masing.

Tahniah dan syabas kepada KPWKM atas program yang sangat bermanfaat ini.