Anda ingin menjadi penulis ? Mahupun sebagai ilustrator? Akan tetapi berasa kononnya tiada cukup ilmu, keyakinan? Atau tidak tahu bagaimana mahu bermula?
Mari bersama kami. ![]()
Santai berkereta api merentas negeri. Dari utara sehingga ke selatan barat Semenanjung. 3 hari, 2 malam.
* Merebut peluang dalam suasana kepelbagaian
* Membina dan memantapkan kemahiran diri
* Serlahkan potensi diri
* Suasana ‘Learning from each other. Learning on the go’.
Berkumpul dalam kereta api,
Hidupkan nyala rasa dalam hati;
Masing-masing mencipta karya,
Menyemarak kreativiti dalam jiwa.
Senarai fasilitator sepanjang program, pilih ikut citarasa (spoiled for choice, actually
):
1. Halipah Ali – penulis BCBK, ilustrasi menggunakan Procreate
2. Dr. Maznah Ahmad – penulis novel kanak-kanak, ilustrasi menggunakan cat air/Canva
3. Umi Sawiyah – penulis BCBK, ilustrasi menggunakan cat air (watercolour)
4. Dr. Ariza Mohamed – menulis berdasarkan pengalaman sendiri, buku bestseller ‘Doctor in the Dock’.
5. Dr. Naza Sani – pakar bahasa, terutamanya pantun
6. Norhayati Jusoh – penulis BCBK.
7. Dr. Umi Kalthum Ngah – idea menghasilkan karya, teknik menulis pelbagai genre (termasuk BCBK) , ilustrasi medium pensel warna (asas minyak)/digital (Procreate/Artrage/Canva).
8. Juhairiyah Ali – penulis BCBK.
9. Hasnidar Ghazali – penulis artikel biografi.
10. Timurabanun – penyuntingan dan terjemahan
11. Norliana Omar – mantan editor DBP
* Segala kos tiket, inap dan makan/minum adalah di atas tanggungan setiap peserta.
* Tiada yuran dikenakan. Cuma khidmat nasihat dan perkongsian sepanjang perjalanan.
* Outcome based experiential learning. Para peserta seharusnya ada kerangka karya masing-masing pada akhir program.
Peserta boleh mula di stesen pilihan. Sila hubungi urusetia untuk maklumat nombor tren/koc ETS.
Jemput, ya? Apa lagi yang ditunggu? Tempat terhad. Bergantung kepada tiket ETS.
# Buku cerita bergambar kanak-kanak (BCBK).
Negeri Direntas Karya Bertunas
Tentatif Itinerari ‘Program Santai PENAWAN’
Terbuka kepada semua, lelaki dan wanita, tidak kira kaum, bangsa dan agama.
Tiada yuran dikenakan kepada setiap peserta.
Para peserta:
• Perlu pastikan mendaftar dengan PIC Urusetia – Cikgu Juhairiyah Ali (Cikgu Ju), rincian seperti dalam poster bagi mendapatkan maklumat tren ETS dsb.nya. dan dimasukkan ke dalam grup peserta.
• Perlu uruskan pembelian tiket ETS, urusan tempat inap di Arau dan JB sendiri. Setelah itu, berikan rincian maklumat ini kepada PIC Urusetia.
• Perlu uruskan keperluan makan/minum sendiri sepanjang kembara – tiada yuran dikenakan.
• Tugasan berkala (mind triggering games) akan diberikan secara berkala bermula 1 Ogos 2026 lagi supaya peserta akan bersedia (minda, emosi dan mood) dengan idea bahan karya sepanjang perjalanan pada bulan November (tidak masih tercari-cari).
• Perlu serahkan/hantar hasil kerja kepada PIC (Dr. Maznah Ahmad atau Cikgu Ju) sebelum melangkah keluar daripada tren.
Warga emas disarankan daftar dengan KTM supaya mendapat diskaun harga tiket sebanyak 50%.

More Stories
Kongsikan Karya Anda
Pertandingan Penulisan Esei
Terbaharu daripada PENAWAN