Sat. Apr 27th, 2024

Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan

Seramai enam orang wakil daripada PenaWan telah hadir ke perasmian Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan.

PenaWan menerima jemputan sebagai salah sebuah organisasi yang telah berjaya menerima Dana Penerbitan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia bagi menerbitkan beberapa buah hasil karya. Antaranya ialah buku Tokoh Wanita Muslimah: Inspirasi Kepada Dunia.

Mereka yang hadir mewakili PenaWan ialah sebahagian daripada penulis-penulis, menghasilkan himpunan artikel tentang wanita Muslim yang menjadi inspirasi kepada dunia.

Majlis yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Universiti Multimedia Cyberjaya itu telah diadakan pada 25 Oktober 2023 dan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

Acara telah dijalankan di Universiti Multimedia Cyberjaya.