Sun. Apr 28th, 2024

Hari Menangani Keganasan terhadap Wanita

Kenyataan Media:

Menangani Keganasan terhadap Wanita

Hari Menangani Keganasan terhadap Wanita
(International Day for the Elimination of Violence against Women – EVAW)

25 November 2023

Setiap tahun pada 25 November, seluruh dunia menyambut Hari Menangani Keganasan terhadap Wanita (International Day for the Elimination of Violence against Women – EVAW) bagi meningkatkan kesedaran tentang keganasan terhadap wanita.

Keganasan terhadap wanita mencakupi pelbagai bentuk seperti keganasan fizikal, emosi, ekonomi, dan seksual. Penghinaan, ancaman, kekerasan dalam perhubungan, paksaan seksual, eksploitasi seksual dan penyalahgunaan sumber kewangan adalah contoh keganasan yang perlu diambil tindakan.

Sempena Hari Anti Keganasan terhadap Wanita, PenaWan menyeru kepada rakyat Malaysia bersama-sama mengungguli dan menyokong perkara dan aktiviti berikut :

1. Kesedaran awam: Memberi sokongan dan kesedaran tentang isu ini bagi menginspirasi perubahan sosial.

2. Solidariti: Menunjukkan sokongan daripada seluruh masyarakat sebagai bentuk solidariti menentang keganasan terhadap wanita.

3. Pendidikan: Menyebarluaskan pendidikan dan kesedaran hak wanita bagi mengatasi eksploitasi ekonomi atau emosi.

4. Advokasi bagi Perubahan Akta: Meningkatkan advokasi dan sokongan bagi perubahan dalam undang-undang yang melindungi hak-hak wanita.

5. Dialog Terbuka: Mendorong dialog terbuka mengenai isu-isu yang sering diabaikan dalam masyarakat.

Maksud:

“Hai orang- orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksaan dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian daripada apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali jika mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian jika kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” QS an-Nisa’ 4:19

Ayat di atas antara panduan moral yang perlu dihayati bagi melahirkan masyarakat bermoral dan meletakkan wanita di tempat yang sewajarnya.

PenaWan berharap masyarakat Malaysia dan dunia dapat bebas daripada keganasan terhadap wanita.

Puan Mahayati Ibrahim

Pengerusi PenaWan

(Pertubuhan Penulis Isu-Isu Wanita Nasional)