Mon. Apr 29th, 2024

Rahmah Perpaduan

Matlamat PenaWan yang termaktub di dalam perlembagaannya adalah:

  • Menjadi platform bagi membangunkan dan membina takungan penulis-penulis.
  • Memberi peluang kepada ahli menjalankan aktiviti sosial, pelajaran bagi kemajuan dan kebajikan ahli, keluarga dan negara.
  • Menggalakkan persefahaman dan persahabatan di antara penulis tanpa mengira kaum dan keturunan.

Dengan itu, PenaWan menyahut baik pelawaan pihak Majlis Perpaduan dan Integrasi Selangor(MPIS) melalui geran yang diberikan dalam menjayakan aktiviti melalui penulisan yang bertemakan perpaduan.

Sayembara adalah salah satu cara paling efisien bagi mendapatkan karya dalam kuantiti yang banyak.

Alhamdulillah pada November 2023, PenaWan berjaya menerbit sebuah buku yang berjudul Rahmah Perpaduan.

Buku ini memuatkan 20 buah cerpen terpilih hasil dari Sayembara Penulisan Cerpen 2023 yang dianjurkan bersama Majlis Perpaduan dan Integrasi Selangor (MPIS).

Edaran juga telah dibuat ke serata tempat.

Bagi yang berminat, sila dapatkan naskhah anda di Bookcafe Online juga di Pustaka Firdaus( FPP).

PenaWan juga berbesar hati menghadiahkan 100 buah buku ini buat bacaan segenap lapisan masyarakat melalui YB Pn Anfaal Saari di Pejabat Exco Pemberdayaan Wanita & Keluarga, Kebajikan Masyarakat & Penjagaan Ekonomi Negeri Selangor.

Penyerahan buku Rahmah Perpaduan ini telah disampaikan oleh Pengerusi Pertubuhan Penulis Isu-Isu Wanita Nasional Pn Hajah Mahayati Ibrahim.

PenaWan juga turut menyumbang 100 naskhah buku kepada Tn Haji Badlishah Sham bin Baharin, Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Semoga buku ini dapat dimanfaatkan sebagai salah satu inisiatif bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.