November 21, 2024

Ramadan tiba lagi dengan sajian pahala yang berganda-ganda.  Dalam kita rancak menyusun perancangan sebulan ibadah kita, tentu sahaja terdetik di hati,

“Alaaa, janganlah periode kali ni datang pada akhir 10 Ramadan. Tengah pecutan maksimum tu.”

Atau pun “Haa? Periode datang bulan ni? Awal dan akhir? Kenapa Allah uji aku sampai macam ni sekali? Adakah ini dikira nikmat atau dugaan?” 

Pelbagai keluhan lagi yang biasa kedengaran daripada wanita lebih-lebih lagi golongan ibu-ibu muda.  Saya pasti, seorang muslimah yang menyedari akan mahalnya harga satu detik dalam bulan yang penuh keberkatan  ini pasti tidak mahu mensia-siakannya.  Sudahlah Ramadan datang sebulan sahaja dalam setahun, pastilah mahu  memecut sehabis daya kan?

Jadi, anda nak buat apa ni? Makan pil supaya tak didatangi haid sepanjang Ramadan?  

Usah begitu, ya?  Ubat-ubatan ini kadang- kadang tidak memberikan kesan yang diharapkan malah lebih mengganggu kestabilan hormon.

Atau anda mahu menangis dan menyesal dicipta sebagai perempuan lalu mengomel

  “Untunglaa jadi lelaki..?”

Sekali lagi usah begitu! Kerana Allah berfirman:

“Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. “(QS An-Nisa’ 4:32)

Sememangnya perasaan sedih pasti akan lahir dari hati seorang muslimah yang sangat mengharapkan keampunan dan ganjaran daripada Tuhannya. Sedangkan, Saidatina Aisyah R.A sendiri pernah menitiskan air mata kesedihan kerana merasakan hilangnya peluang beramal dengan kedatangan haid.

Haid (Allah Beri Cuti-ABC) sebenarnya bukanlah satu perkara yang buruk, bukan jua satu kekurangan yang patut dikesali, kerana di sebaliknya masih ada peluang merebut ganjaran di bulan yang mulia ini.

REDA DENGAN KETENTUAN ALLAH DAN BERSANGKA BAIK

Reda ialah senang hati menerima apa yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita semua sama ada baik atau buruk. Dan reda dalam beribadah ialah beribadah seperti mana yang diperintahkan untuk kita lakukan, bukan sebagaimana yang kita suka untuk melakukannya.

Adakah anda sedari? Apabila anda tidak berpuasa kerana haid, sebenarnya anda mendapat pahala kerana mentaati perintah Allah.  Hal ini demikian kerana Allahlah yang memerintahkan kita untuk berpuasa pada hari-hari kita tidak didatangi haid.  Allah jualah yang memerintahkan kita untuk berbuka ketika sedang haid.   Maka berpuasa ketika haid merupakan suatu dosa kerana anda dikira melanggar perintah-Nya.

Maha Besar Allah, Dia-lah Sebaik-baik Pencipta, selalu meletakkan hikmah pada makhluk yang diciptakan-Nya. Oleh itu, jika kita benar-benar reda dengan apa yang ditentukan Allah untuk golongan Hawa seperti kita, maka tidak akan timbul isu berkurangnya pahala kerana kita tidak boleh solat dan puasa.

Kita hanya dilarang oleh Allah untuk solat, puasa, tawaf dan membaca al-Quran (menurut khilaf ulama’)** -boleh refer sini- Sedangkan tanpa kita sedari, sebenarnya pintu-pintu syurga masih terbuka luas untuk kita  dan para malaikat masih memanggil-manggil pencari kebaikan.

Namun, masa haid bukanlah masa berehat daripada ibadah, kerana sesungguhnya dalam sehari-semalam itu masih ada banyak amalan yang masih boleh dikerjakan oleh wanita haid.

1-      Sediakan juadah berbuka puasa

“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya, dan hal itu tidak akan mengurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun”(Riwayat Tarmizi).

Seorang muslimah yang solehah akan sentiasa memburu pahala. Beliau tidak akan mensia-siakan peluang beramal. Mari kita memudahkan urusan suami/kawan-kawan kita yang berpuasa. Mudahkan mereka beribadah.

Niatkan memasak juadah itu kerana Allah. Mana lah tahu, sambal ayam, atau ikan Asam Pedas yang anda sediakan itu yang akan membawa anda ke syurga-Nya nanti!

2.  Bangun Sahur bersama-sama

Seperti juga menyediakan juadah berbuka, tiada salahnya jika kita dapat menyertai mereka bersahur. Lagi Osem jika anda boleh menyediakannya, dan biarkan suami/rakan wanita anda bangun qiamullail. Minta dia mendoakan anda.

Tidak perlu masak yang renyah dan susah-susah, cukup sahaja telur masak kicap. Sambil-sambil anda memasak, bolehlah berzikir atau mendengar ayat al-Quran. Insya-Allah akan terasa sekali roh qiamullail walaupun anda berada di dapur!

3.  Tadabbur al-Quran atau mendengar bacaan al-Quran

Jika kita dilarang untuk membaca al-Quran , tidak salah jika kita mendengar bacaan al-Quran. Tukarkan senarai Playlist dalam Handphone anda dan isikan dengan  mp3 al-Quran.

Sekurang-kurangnya jika kita tidak berkesempatan untuk khatam al-Quran, kita sudah khatam mendengar bacaan al-Quran. Mari kita membudayakan mendengar al-Quran  di mana-mana anda berada. Di dalam kenderaan, sedang memasak di dapur, sedang melipat pakaian, menyapu sampah malah ketika belajar.

4.  Istighfar, zikir, membaca Maathurat dan selawat atas Nabi

Kali ini mari kita tukar jadual ibadah kita. Jika selama ini kita mengambil 10 minit untuk mengerjakan solat Zohor. Ketika haid, kita gunakan juga 10 minit itu untuk istighfar, zikir, membaca maathurat, berdoa, dan selawat atas Nabi SAW.

Berzikir boleh dilakukan oleh wanita haid. Hal ini lebih baik daripada sekadar membiarkan lisan dan hati kita lalai daripada mengingat Allah. Atau membiarkan lisan dan hati kita untuk hal-hal maksiat seperti mengumpat dan membicarakan serta memikirkan hal yang sia-sia. Zikir selain dapat mengingatkan kita pada Allah, mententeramkan hati juga mendatangkan pahala.

5.  Menyibukkan diri dengan ketaatan dan elakkan diri daripada ‘membawang’.

Andai kata ketika haid, jangan biarkan masa berlalubegitu sahaja. Lazimi diri kita dengan perkara yang mendatangkan manafat. Dampingi rakan-rakan yang solehah, hadiri majlis-majlis ilmu (dengan syarat bukan dilaksanakan di dalam masjid), dengarkan youtubeceramah-ceramah agama atau hiasi masa anda dengan membaca buku-buku tarbiah dan buku-buku agama.

Kegiatan ini juga menghindarkan kita daripada membuang masa. Jika ada rakan-rakan anda yang mengajak anda ‘membawang’, cuba elakkan diri anda dari terjebak. Sia-sia sahaja amalan anda. Malah ibarat makan daging saudara sendiri!

6.  Infaq/ sedekah

Bersedekah umpama kita sedang menabung. Ia merupakan saham akhirat kita. Ganjarannya dilipatgandakan pada bulan Ramadhan. Tambahan, banyak tabung-tabung kebajikan, tabung anak yatim, tabung Palestine dan Syria yang akan diedarkan sekitar bulan Ramadan ini, boleh lah kita membelanjakan wang kita ke sana.

7. Istiqamah (Terus) membuat perkara-perkara sunat yang sudah biasa dilakukan

Tak hanya itu, teruskan sahaja amalan sunat yang seharian anda biasa lakukan. Jangan dikurangi jumlahnya hanya kerana anda haid.

Melakukan tugas harian sebagai isteri, ibu, housemate,anak yang baik,  selagi mana  dilakukan dengan tulus juga dikira sebagai ibadah. Insya-Allah boleh menjadi pengisi poket-poket amal kita, walaupun kita sedang terhalang dengan fitrah haid.

Terimalah fitrah wanita ini dengan ikhlas, tidakmenyesalinya dan tidak berburuk sangka. Berkumpul dengan orang yang soleh dan ambillah semangat mereka. Juga, hormati mereka yang berpuasa dan jangan sewenang-wenangnya makan di khalayak ramai.  Maka, raikanlah Ramadan penuh kesyukuran kerana kita, seorang WANITA.

** Hukum asal membaca al-Quran bagi wanita haid adalah diharamkan. Tetapi jumhur ulama’ menyatakan membaca al-Quran menjadi harus dengan niat berzikir mengingati Allah. Rujuk SINI.

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/3421-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-136-amalan-wanita-haid-di-bulan-ramadhan

TU 

Oleh Dr Musyirah Hanan Zulkarnain