Tue. May 14th, 2024

Tokoh Maal Hijrah (wanita)

Alhamdulillah, ribuan kesyukuran dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Umi Kalthum binti Ngah, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penulis Isu-Isu Wanita( P enaWan) atas kejayaannya yang telah terpilih sebagai penerima Anugerah Siti Khadijah sempena Sambutan Maal Hijrah Negeri Perak 1445H /2023M.

Sesungguhnya sumbangan Dr Umi Kalthum dalam pembangunan dan khidmat masyarakat sudah sekian lama terserlah.

Dr Umi Kalthum adalah di antara penggerak seawal penubuhan PenaWan pada tahun 2015.

Beliau tidak pernah berhenti menyumbang ide dalam membangunkan pelbagai karya penulisan bagi membangunkan ummah.

Ketokohan, semangat dan kekentalan daya juangnya adalah obor yang mengangkat jiwa kami untuk terus berkarya.

PenaWan mendoakan semoga Dr. Umi Kalthum sentiasa di dalam payung rahmah dan keberkatan-Nya.

Tahniah dan syabas Dr. Umi.