Sun. Apr 28th, 2024

Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu

Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 26hb dan 27hb Mac 2024, bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP, Kuala Lumpur. Program tersebut telah disempurnakan oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan.

Dalam seminar tersebut, ‘Kembara At-Teeni’ terbitan Al Amin Edu Oasis, tulisan Dr Umi Kalthum Ngah merupakan antara 14 karya terpilih antara 126, yang diangkat dan disenaraikan dalam katalog MBBY(Majlis Buku Kanak-kanak dan Sastera Malaysia) 2024 ke peringkat antarabangsa dalam kategori penulisan seperti yang disebut oleh Presiden MBBY, Dato’ Ahmad Redza dalam pembentangannya ‘Pembangunan Kandungan Buku Kanak-kanak dan Remaja (Peringkat Antarabangsa).

Dalam perkembangan yang sama, ‘Suzume’ karya penterjemahan Bahasa Melayu terus daripada Bahasa Jepun, oleh Cik Nur Atiqah Yahya yang turut terpilih dalam kategori penterjemahan. Karya terjemahan ini diangkat lebih tinggi, antara 3 karya calon Honour List International Board on Books for the Young (IBBY) iaitu masing-masing kategori karya ilustrasi, penulisan dan penterjemahan setiap satu.

PenaWan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Dr Umi Kalthum Ngah dan Cik Nur Atiqah Yahya, yang juga merupakan aktivis Pertubuhan Penulis Isu-isu Wanita Nasional (PenaWan) di atas pencapaian yang cemerlang ini.