Sat. May 4th, 2024

Novel PenaWan – Keliru

Terbaharu daripada PenaWan!!!

Novel kisah-kisah melingkari kehidupan wanita yang diadaptasi dan terinspirasi daripada kisah-kisah benar.

Sinopsis Keliru

Dania, seorang gadis yang ditinggalkan kekasih nekad membuat keputusan untuk mengubah penampilan dirinya. Rasa kecewa kerana sering dipergunakan oleh kaum lelaki menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menjadi seorang lelaki. Dia ingin dipandang kuat, disanjung tinggi dan tidak mudah diperbodohkan. Lantas dia perlu berhijrah ke satu tempat di mana tiada orang yang mengenalinya.

Di Ipoh, Dania jatuh cinta dengan sukan papan selaju (skateboard). Perwatakannya sebagai seorang lelaki yang mudah mesra, menyebabkan Amir tertarik kepadanya. Hubungan persahabatan dengan Amir Iskandar akhirnya disalah erti oleh lelaki itu. Amir dalam diam menaruh perasaan terhadapnya. Malangnya, Amir sedar, dia harus melawan nafsunya untuk tidak suka pada kaum sejenis.

Amir keliru dengan kehendak hatinya. Dania serba salah untuk terus bersembunyi dengan identitinya. Namun masa terlebih dahulu menyusun takdir. Rahsia Dania terbongkar sebelum sempat dia bersedia. Amir Iskandar terlalu kecewa dengan pembohongan yang terjadi dalam persahabatan mereka.

Dania membawa diri setelah gagal membela diri. Perlukah dia terus bersembunyi disebalik figura ‘lelaki’ atau memilih menjadi dirinya sendiri. Sudikah Amir Iskandar menerima dirinya semula?

Untuk pembelian online:

https://bookcafe.com.my/buku-terbaru