Thu. May 9th, 2024

Minggu Penyusuan Susu Ibu

Ibu-ibu memang digalakkan untuk menyusu bayi yang dilahirkan kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak.Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik dalam kadar yang mencukupi.

Kolustrum menguatkan sistem imuniti bayi dan ini boleh melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selsema dan lain-lain.

Susu ibu juga berperanan dalam perkembangan otak dan membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak.

Selain bermanfaat bagi bayi, susu ibu juga membantu si ibu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

Sumber: Portal rasmi MyHEALTH KKM