Sat. Apr 20th, 2024

Jerayawara Kasih KPWKM @ Advokasi Antigangguan Seksual

Program Jerayawara ke negeri Johor, negeri yang ke-14 dalam siri Jelajah Kasih ini telah di adakan pada 19 November 2023 bermula seawal pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Program yang dimulakan dengan acara senamrobik dimeriahkan dengan kehadiran seramai 1300 peserta.

Pengerusi Pertubuhan Penulis Isu-Isu Wanita Nasional (PenaWan), Puan Hajah Mahayati Ibrahim berpeluang menghadiri program tersebut bersama ribuan peserta yang datang dari seluruh daerah.

Bertempat di PERSADA Johor, program yang gilang gemilang ini sarat dengan info-info yang sangat bermanfaat khususnya berkaitan dengan Advokasi Antigangguan Seksual.

Program sedemikian dilaksanakan bagi memberi kesedaran dan pengetahuan bersabit dengan isu keganasan seksual yang masih berleluasa.

Dengan kesedaran ini, perlu ada tindakan kita semua bagi menghalang dan menghentikan keganasan tersebut.