Sun. Apr 28th, 2024

Bengkel Penulisan Informatif

Pada 14 Januari 2024, telah berlangsung satu bengkel penulisan informatif yang dianjurkan bersama oleh PenaWan dan Wanita IKRAM Johor. Bengkel tersebut telah diadakan di Kompleks IKRAM Johor bertempat di Taman Universiti, Skudai.

Program yang bermula dari 9 pagi berlangsung selama 4 jam itu dikendalikan oleh Dr Umi Kalthum Ngah, AJK PenaWan merangkap fasilitator dan pembimbing PenaWan.

Seramai 30 orang terdiri daripada wanita dan juga lelaki termasuk urusetia telah mengikuti bengkel tersebut.

Tahniah kepada para peserta kerana gigih mengikuti bengkel dan terima kasih kepada Dr Umi kerana sentiasa memberi motivasi kepada peserta untuk menghasilkan karya.