Sat. Jul 27th, 2024

Penyerahan buku PenaWan

Firdaus Press Publications telah menyumbangkan 300 set buku untuk diedarkan kepada semua sekolah rendah luar bandar di Sarawak. Buku-buku tersebut merupakan penerbitan Pertubuhan Penulis Isu-isu Wanita Nasional (PenaWan) hasil usaha penulis-penulis terdiri daripada ahli-ahli PenaWan.


Pada Jumaat 3 Mei 2024, majlis sambutan ramah mesra Aidilfitri Tahun 2024 Peringkat JPNS yang berlangsung di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Kuching menyaksikan pengerusi Pertubuhan Penulis Isu-isu Wanita (PenaWan) Mahayati Ibrahim menyerahkan buku kepada Persatuan Jabatan Pendidikan Daerah (PPD) Sarawak diwakili Abang Adam Abang Dell sambil disaksikan Pengarah Pendidikan Sarawak Datuk Dr Azhar Ahmad.


Buku-buku ini akan diedarkan kepada semua PPD seluruh negeri dan seterusnya diserahkan kepada sekolah rendah luar bandar di daerah masing-masing.


Turut hadir bersama Puan Mahayati ialah Dr. Umi Kalthum Ngah selaku Penasihat dan Pembimbing/Fasilitator PenaWan, merangkap Penyelaras Projek Perbukuan.


300 set buku kanak-kanak ‘Ini Warisan Kita’ yang asalnya dihasilkan melalui geran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) 2023, telah dapat disampaikan dalam majlis rasmi tersebut.


Setiap set mengandungi 12 buku kanak-kanak berdasarkan permainan tradisi, sajian tradisi dan alat muzik tradisi mengikut peringkat usia. Karya dihasilkan Team Penulis PenaWan (ditulis dalam masa 2 minggu sebab kekangan masa yang mendesak)

  1. Buku Bergambar (prasekolah) 4 judul,
  2. Buku Ilustrasi (sekolah rendah, darjah 1, 2 dan 3) 4 judul,
  3. Novel kanak-kanak (darjah 4, 5 dan 6) 4 judul.

Terima kasih kepada Pengarah dan seluruh warga JPNS kerana sudi menerima rombongan PenaWan dan penerbit Firdaus Press Publications, warga Suara Sarawak serta semua yang terlibat dalam menjayakan usaha ini.

https://suarasarawak.my/300-buku-diedar-untuk-semua…/