Di negara barat, wanita hanya dibenarkan menjadi siswa di IPT negara pada lewat abad ke 19. Contohnya, di Amerika Syarikat, pada tahun 1830’an, di England pada lewat atau tahun-tahun akhir abad ke 19. Wanita hanya diizinkan menjadi tenaga pengajar di IPT puluhan tahun setelah itu. Contohnya, Mary Paley Marshall wanita pertama diterima berkhidmat di University of Cambridge dalam bidang ekonomi, hanya pada tahun 1881.
Berbeza sekali dengan wanita Muslim. Seawal 857 Masehi lagi, wanita Muslim telah jauh terkedepan, menjadi perancang dan arkitek pembinaan universiti tertua di dunia. IPT ini masih berfungsi menghasilkan para graduan sehingga ke hari ini. Wanita Muslim bukan hanya sahaja dizinkan memperoleh ilmu pada peringkat tertinggi, malah mampu membina prasarana menempatkan sebuah gedung ilmu yang berkembang pesat, melahirkan para ilmuan pelbagai bangsa dan agama? Idea wanita ini dijadikan rujukan bagi pembinaan universiti-universiti ternama seperti Oxford, Cambridge dan negara-negara di Eropah yang lain. Siapakah wanita Muslim yang hebat ini?
Siapakah pula tokoh wanita pertama menjadi laksamana pada abad ke 16, panglima gagah berani, mengetuai Armada pertahanan laut negaranya, mengawal perairan Selat Melaka sehinggakan Ratu Elizabeth pertama pun terpaksa mohon izin daripada laksamana ini tatkala mahu merentas samudera di rantau Asia Tenggara pada zaman itu?
Sekiranya anda mahu mencari jawapan untuk soalan-soalan yang dikemukakan, juga mahu mengetahui lebih lanjut maklumat tentang ramai lagi ketokohan wanita Muslim merentas sepanjang zaman dan sempadan dunia, maka tuan puan dipersilakan memperoleh buku bakal terbit ini.
Kehebatan wanita Muslim sejak berkurun dahulu sehingga kini, tidak dapat disangkal lagi dan fakta ini terbukti dalam karya ini.
Semoga para wanita zaman ini dan akan datang, tersuntik semangat meningkatkan potensi diri, termotivasi dan terinspirasi dengan kisah-kisah benar, tokoh wanita yang cekal dan tegar sepanjang zaman, seperti yang dimuatkan dalam buku ni .
Untuk masa yang terhad, tempahan boleh dibuat dengan harga potongan 10% diskaun daripada harga asal. Rincian pembayaran diberikan seperti tertera dalam poster ini, beserta borang tempahan yang perlu diisi.
Tempah segera di sini
bit.ly/PraTempahBuku25TokohWanitaMuslim

More Stories
Penjagaan Orang Tua: Tanggungjawab Atau Pilihan?
Wanita Yang Memilih Sabar
Wanita Tonggak Ummah: Menyinari dunia dengan Iman dan Inspirasi