July 19, 2025

Wanita Tonggak Ummah: Menyinari dunia dengan Iman dan Inspirasi

Indahnya wanita Muslimah moden bukan lagi sekadar simbol kelembutan. Mereka adalah denyut kekuatan, akal yang tajam, dan jiwa yang menghidupkan perubahan.

Dalam dunia yang terus berputar dengan cabaran dan kemungkinan, muncul sosok-sosok wanita yang bukan hanya berdiri, tetapi mengangkat, menyuluh dan menggoncang pemikiran dengan cahaya iman.

Nama seperti Tawakkol Karman, penerima Hadiah Nobel Keamanan, menyerlahkan keberanian seorang wanita Muslim dalam memperjuangkan keadilan dan hak asasi manusia. Dalam dunia politik dan aktivisme, beliau membuktikan bahawa keimanan bukan penghalang, malah pendorong bagi menegakkan kebenaran.

Di bidang pendidikan dan pemikiran, Dr. Ingrid Mattson, seorang sarjana Islam dan bekas Presiden Islamic Society of North America, menjadi rujukan global dalam dialog antara agama dan peranan wanita dalam Islam. Keilmuannya membawa cahaya kepada banyak jiwa yang mencari pemahaman tentang Islam yang penuh rahmah. Suaranya lembut namun tegas, mencorak naratif Islam dengan hikmah dan belas kasih. Sikap yang terpancar daripada peribadi seperti ini mampu membuka ruang buat wanita Muslimah bersinar dalam medan ilmu dan pemikiran global.

Noor Tagouri, wartawan muda berjiwa besar, memecah tembok stereotaip dalam dunia media yang sering menekan. Dengan hijab di kepalanya dan kebenaran di lidahnya, beliau menjadi simbol bahawa identiti tidak harus disorok, tetapi diraikan. Wartawan dan aktivis muda ini membuka ruang bagi suara Muslimah didengari dan dihormati dalam dunia yang sering penuh prasangka.

Dan di tanah air kita sendiri, berdirilah seorang figura yang tidak didendangkan oleh irama komersial tetapi bergema di dada ummah. Beliau yang dimaksudkan ialah Ustazah Hajah Sallawati Mohd Salleh. Beliau bukan sekadar pendidik, tetapi penyulam akhlak, penenun harapan dan pembina generasi. Kata-katanya menyentuh hati, ajarannya menyalakan semangat, dan kehadirannya menenangkan jiwa. Dalam kelembutan tutur, tersimpan kekuatan ilmu dan kasih sayang yang menyentuh ribuan hati, terutamanya wanita muda yang mencari arah dalam dunia yang semakin keliru. Beliau antara barisan wanita yang berpengalaman luas, penuh dengan kisah dan cerita bagi dilimpahkan kepada generasi baharu yang berkobar.

Wanita-wanita seperti ini tidak berdiri di pentas dunia bagi meraih pujian, tetapi menyampaikan amanah. Mereka membina bukan hanya kejayaan peribadi, tetapi juga meninggalkan warisan yang menghidupkan hati dan menyuburkan iman. Mereka adalah cahaya yang menuntun bukan yang menyilaukan

Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أُو۟لَـٰٓئِكَ هُمْ خَيْرُ ٱلْبَرِيَّةِ ٧

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.”

(QS al-Bayyinah, 98:7)

Menjadi wanita Muslimah moden bukan sekadar menyesuaikan diri dengan dunia, tetapi mencorakkan dunia dengan warna-warna yang terbuah daripada iman dan ihsan. Dalam setiap gerak, ada makna. Dalam setiap kata, ada hikmah. Dan dalam setiap doa, ada kekuatan yang insya-Allah mampu mengubah segalanya.

Muslimah sejati di hari ini bukan terpesona dengan pujian dan sanjungan. Mereka umpama akar yang diam lagi menguatkan, membina dan menyuburkan jiwa, tetap setia meskipun hanya di belakang tabir.

Mereka hadir bukan mengharap sanjungan, bukan pula ingin bersinar sendiri, tetapi menyerlah bersama menyalakan sejambak harapan di sekelilingnya.

Dr. Iffah Nizar

slot terbaik toto slot toto slot monperatoto situs slot monperatoto monperatoto monperatoto monperatoto monperatoto monperatoto kampungbet toto slot toto slot kampungbet monperatoto slot 4d monperatoto toto slot kampungbet kampungbet kampungbet monperatoto monperatoto situs slot gacor rtp slot slot resmi situs hk pools slot gacor hari ini toto togel toto slot link slot gacor toto togel situs slot toto togel