Sat. Jul 27th, 2024

Selamat Hari Ibu

Imam al-Nawawi menukilkan pendapat para ulama yang menjelaskan sebab-sebab didahulukan seorang ibu dengan kata mereka:

“Sebab didahulukan seorang ibu (dalam berbuat baik) adalah kerana banyaknya kepenatan yang ditanggung oleh seorang ibu disebabkan anaknya. Demikian juga kerana sifat kasih dan sayangnya ibu kepada anak, serta berterusannya kepayahan yang ditanggungnya sepanjang proses mengandungkan anak, kemudian melahirkannya, kemudian menyusukannya, kemudian mendidik dan membesarkan anak serta sakit yang ditanggungnya sepanjang proses tersebut”.

Rujuk Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (16/79).

-Petikan daripada https://www.muftiwp.gov.my/…/3281-al-kafi-1203…