Wed. Apr 24th, 2024

PenaWan membantu projek WANGI

Pada 17 Jan 2021 (Ahad), jam 11 – 12 tgh, PenaWan bergabung tenaga dengan Pejabat Menteri Besar Selangor, Ahli Majlis Zon 1, Wanita IKRAM Ampang Jaya, Surau Al Azim (AJK Kebajikan) dan NGO Gegar (Generasi Gempur Amal Rakyat) bagi melaksanakan projek WANGI.Projek WANGI (Wanita Giat Islah) adalah satu usaha daripada Wanita IKRAM Malaysia untuk mengajak masyarakat ke arah menghidupkan Sunnah Rasulullah saw.

Untuk kali ini dianjurkan 1 bulan 1 Hadis untuk diamalkan secara bersama.Untuk bulan ini, hadis yang akan diamalkan ialah: Tahaadu Tahabbuu – ‘Hendaklah kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai.’

Alhamdulillah, semarak kasih dirasai kerana dapat menyerahkan sumbangan kepada 10 Keluarga yang terdiri dari 2 ibu tunggal dan seorang wanita bujang serta 7 pasangan suami isteri dengan berbagai latar belakang ekonomi (pesara, kehilangan pekerjaan, pendapatan yang tidak stabil, tiada pekerjaan, tumpang rumah anak dan lain-lain kesempitan).

Hadiah yang disampaikan adalah seperti berikut :1. Pejabat Menteri besar: 10 kotak barangan asas seperti beras garam, gula, tepung gandum, tepung beras, minyak masak, serbuk kari ikan & daging, ikan bilis, lada kering & meehoon2. Penawan: sumbangan wang RM100 seorang 3. Wanita IKRAM Selangor: “Mask” dalam “Mask case” dan kalendar kecil yg bertulis Hadis Tahaadu Tahabbuu Semoga segala usaha diberkati Allah dan ukhuwah berpanjangan.