Thu. Apr 25th, 2024

Novel PenaWan Stigma

Terbaharu daripada PenaWan!!!

Novel kisah-kisah melingkari kehidupan wanita yang diadaptasi dan terinspirasi daripada kisah-kisah benar.

Sinopsis Stigma

Menceritakan kehidupan Hidayu seorang gadis bandar yang bekerja di sebuah butik pakaian. Dia bercita-cita mempunyai kedai pakaiannya sendiri tetapi sukar disebabkan masalah kesihatannya yang sentiasa terkena sawan.

Penyakitnya terjadi apabila dia terdengar atau ternampak perkara yang mengingatkannya kepada kejadian sewaktu dia kecil. Bapanya sering memukul ibu, kakak dan dirinya apabila mabuk dan memerlukan duit. Akibat tidak tahan, kakaknya telah memukul ayahnya hingga mati pada usia 17 tahun.

Penyakit Hidayu semakin teruk apabila kegagalan demi kegagalan yang dia alami akibat sawan. Gagal dalam hubungan juga menyebabkan dia menjadi makin kurang yakin diri kerana sentiasa berfikir pandangan masyarakat terhadapnya. Kakaknya juga menyalahkan dirinya yang menjadi punca kakaknya menyerang ayahnya. Hidayu rindu saat dia dan kakaknya rapat sewaktu mereka masih kecil dan cuba memperbaiki hubungan mereka juga, tetapi gagal.

Disaran berjumpa dengan pakar psikiatri bagi mengubati penyakitnya tetapi dia tidak mampu kerana kos rawatan yang mahal. Hidayu menabung bagi mendapatkan bantuan pakar dan berjumpa dengan Dr.Kay.

Apabila penyakit Hidayu semakin serius, dia dipaksa menerima rawatan rapi kerana temannya melihat tandanya berhalusinasi dan terdapat tanda-tanda mencederakan diri.

Dr. Kay mengatakan bahawa dia menghidap skizo dan berada di tahap yang membimbangkan. Berjayakah Dr Kay membantu Hidayu pulih?

Untuk pembelian online:

https://bookcafe.com.my/buku-terbaru