Kenyataan Media Pertubuhan Penulis Isu-Isu Wanita Nasional (PENAWAN) sempena Hari Malaysia.
Tarikh: 16 September 2024
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Pada hari yang bersejarah ini, kita bersama-sama menyambut Hari Malaysia. Satu tarikh untuk kita memperingati penyatuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura pada 16 September 1963. Hari ini bukan sahaja menandakan pembentukan negara Malaysia yang berdaulat, tetapi juga mengingatkan kita tentang pentingnya perpaduan dan keharmonian dalam membina Malaysia yang lebih baik.
Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kesejahteraan dan keharmonian, setiap individu mesti memainkan peranan dan bersungguh-sungguh terlibat dalam:
1. Pembinaan semangat setiakawan yang bertunjangkan prinsip-prinsip Rukun Negara.Kejayaan yang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada dedikasi dan komitmen setiap individu, tanpa mengira latar belakang, kaum, atau agama.
2. Memupuk penghayatan semangat Malaysia Madani.Marilah kita menghayati nilai-nilai kemanusiaan, keadilan, dan kesejahteraan yang menjadi teras kepada pembangunan negara kita. Malaysia Madani menekankan pentingnya membina masyarakat yang inklusif, adil, dan sejahtera, di mana setiap individu diberi peluang untuk berkembang dan menyumbang kepada kemajuan negara.
3. Melaksanakan langkah-langkah strategik Malaysia Madani dengan merenung dan melihat kembali pencapaian kita dan merancang masa depan yang lebih gemilang.
4. Mengukuhkan sikap bersatu padu, menghormati perbezaan, dan bekerjasama untuk mencapai visi negara yang lebih makmur dan inklusif. Kita harus terus memupuk semangat toleransi dan saling menghormati, yang menjadi asas kepada kestabilan dan kemakmuran negara kita.
5. Sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan tradisi, marilah kita terus memelihara warisan kita melalui semangat kerjasama dan perpaduan yang lebih jitu.
InsyaAllah, kita mampu menghadapi sebarang cabaran untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di masa hadapan.
Marilah kita bersama-sama membina Malaysia yang lebih cemerlang dan gemilang dalam semangat Malaysia Madani.
Puan Mahayati Ibrahim
PENAWAN
More Stories
Kenyataan Media PENAWAN sempena Hari Kemerdekaan 67
Kenyataan Media Hari Guru
Kenyataan Media PenaWan sempena Hari Wanita Antarabangsa 2024