KENYATAAN MEDIA
Pertubuhan Penulis Isu-Isu Wanita Nasional (PENAWAN)
sempena Hari Bapa
21 Jun 2026
Sempena sambutan Hari Bapa 2026, Pertubuhan Penulis Isu-Isu Wanita Nasional (PENAWAN) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua bapa yang menjadi tonggak keluarga, pendidik pertama serta pemimpin yang membentuk generasi berakhlak, berilmu dan berdaya saing.
PENAWAN berpandangan bahawa peranan bapa pada masa kini tidak lagi terhad sebagai penyedia keperluan keluarga, malah sebagai pembimbing emosi, sahabat kepada anak-anak serta rakan kongsi dalam membina institusi keluarga yang sejahtera.
Sehubungan itu, PENAWAN menyeru agar para bapa terus memperkukuh ilmu keibubapaan, meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan menjadi contoh teladan yang baik dalam aspek akhlak, integriti serta tanggungjawab sosial.
PENAWAN juga berharap agar masyarakat dan pihak berkepentingan terus memperkasakan program pembangunan keluarga yang memberi sokongan kepada golongan bapa dalam menghadapi cabaran dunia moden.
Sesungguhnya, bapa yang hebat akan melahirkan keluarga yang kuat, manakala keluarga yang kuat menjadi asas kepada pembinaan masyarakat dan negara yang sejahtera.
“Menghargai Jasa Bapa, Memperkukuh Institusi Keluarga.”
Dr. Naza Sani
Timbalan Pengerusi
Pertubuhan Penulis Isu-Isu Wanita Nasional (PENAWAN)

More Stories
Kenyataan Media Maal Hijrah
KENYATAAN MEDIA
Kenyataan Media Hari Ibu