March 12, 2025

Kenyataan Media Hari Wanita

Kenyataan Media

Pertubuhan Penulis Isu-Isu Wanita Nasional (PENAWAN)

Sempena Hari Wanita Sedunia

8 Mac 2025-03-08

PENAWAN mengucapkan tahniah kepada semua wanita yang terus cemerlang dalam pelbagai bidang, menjadi inspirasi kepada generasi akan datang. Tema “Wanita Beraspirasi Membina Legasi” menekankan kepentingan pengukuhan gender equity selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 5).

SDG 5 menegaskan bahawa pengukuhan peranan wanita dalam kepimpinan di peringkat komuniti, negeri, dan negara adalah kunci kepada pembangunan mampan. Oleh itu, sokongan daripada kerajaan dan pihak berkaitan amat penting bagi memastikan wanita diberi peluang yang adil untuk berkembang dan menyumbang kepada kemajuan negara.

Kejayaan wanita dalam pelbagai sektor membuktikan kemampuan mereka memimpin dengan integriti dan ketekunan. Wanita ibu tunggal, khususnya, menjadi simbol ketabahan dalam membina legasi walaupun menghadapi cabaran.

Bagi memperkasa wanita, PENAWAN menyeru kepada pihak-pihak yang berkaitan bagi meningkatkan:

1. Perancangan kewangan bijak untuk pembangunan kendiri.

2. Program latihan dan peningkatan kemahiran.

3. Peluang kerjaya setara bagi wanita di semua sektor.

4. Sokongan berterusan daripada KPWKM.

PENAWAN komited memperjuangkan hak dan pengukuhan wanita dalam semua aspek kehidupan. Bersama, kita membina legasi untuk masa depan lebih gemilang.

Pn Mahayati Ibrahim

Pengerusi PENAWAN

situs gacor hari ini