Fri. Apr 26th, 2024

Jangan Berbangga Membuat Kerja Besar dan Rasa Lekeh Melakukan Kerja Remeh

Dulu masa mula2 dapat adik, kekok nak bahasa diri ini sebagai abang… tapi masa berlalu… bila dah dapat 4 adik, membahasakan diri abang tu dah jadi perkara biasa.

Masa berlalu… saya diterima masuk ke KGV Seremban. Rasa bangga sungguh. Masa tu tak sangka ada sekolah yang lebih berprestij… MCKK. Kemudian masa berlalu… saya dapat mewakili Negeri Sembilan dalam permainan ragbi… tapi perasaan tu tak ke mana. Rasa bangga makin pudar …. saya diterima masuk ke Universiti di UK… rasa bangga… bila dapat ke sana. Tapi lama kelamaan rasa biasa.

Kebanggaan itu hanya bersifat sementara. Tapi saya dapat berpeluang belajar dan mengamalkan Islam.. sifat bangga bertukar kepada syukur. Kerana kesempatan dapat memahami Islam dan menghayatinya menuntut kita untuk rasa Tawadhu bukan Berbangga. Saya teringat satu hadis… panjang hadisnya… saya petik yang berkaitan dengan cerita saya..

….’ Demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, sungguh ada seseorang darimu yang mengerjakan amal perbuatan ahli surga, hingga jarak antara dirinya dan surga hanyalah satu hasta, namun suratan takdir rupanya ditetapkan baginya hingga ia mengerjakan amal perbuatan ahli neraka dan akhirnya ia pun masuk neraka. Ada pula orang yang mengerjakan amal perbuatan ahli neraka, hingga jarak antara ia dan neraka hanya satu hasta, namun suratan takdir rupanya ditetapkan baginya hingga kemudian ia mengerjakan amal perbuatan ahli surga dan akhirnya ia pun masuk surga.’
(HR Bukhari-Muslim, no. 4781)

Kita tak perlu rasa bangga diri di gelar da’i kerana belum tentu akhir kita bagaimana. Maka kita terpaksa tingkatkan usaha ikhlas kita sehingga ke akhir hayat kita. Kita pula tidak mudah memandang rendah pada mereka yang jahil kerana kita tidak tahu akhiran mereka. Kita pernah dengar orang yang hina Nabi… tulis teruk tentang Nabi dan Islam… akhirnya memeluk Islam.

Kita tidak mudah menerakakan orang. Syurga Neraka ni urusan Allah. Kita khuatir di sebabkan sikap benci kita pada mereka, menghalang kita utk berdakwah pada mereka. Takut2 nanti bukan sahaja mereka terheret ke neraka … kita mungkin di tarik sekali kerana mungkin dengan akhlak buruk kita mereka takut pada Islam. Atau kita takut akhiran kita jahat dan mereka mendapat hidayah di hujung usia.

Kita tak tahu. Tapi yang pasti kita yakin Allah tidak sia siakan usaha ikhlas kita. Maka bersifat tawadhuk lah kita. Tingkatkan amal ikhlas kita, doakan yang baik2 untuk orang lain dan amalkan Islam Rahmah dan bukan Islam marah marah.

#BMF Be Muslim First dalam setiap keadaan