Bengkel penulisan atas usahasama PENAWAN dengan Pertubuhan IKRAM Sarawak dan Wanita IKRAM Kuching pada 27hb Nov 2024 yang dikendalikan oleh Dr. Umi Kalthum Ngah, penasihat PENAWAN telah mendapat liputan di ruang ‘Inspirasi’ Suara Sarawak.
Tahniah kepada Wanita IKRAM Sarawak kerana telah menjadi penyumbang tetap pada ruang pojok ‘Inspirasi’ dalam Suara Sarawak, lidah rasmi kerajaan negeri Sarawak.
Ruang ini keluar setiap Rabu dalam lidah rasmi itu, iaitu surat khabar percuma untuk warga Sarawak.
PENAWAN mengucapkan berbanyak terima kasih kepada IKRAM Sarawak dan Wanita IKRAM Kuching kerana memberi kepercayaan untuk membantu usaha mereka selanjutnya dalam menyampaikan dan meningkatkan ilmu di kalangan masyarakat terutama di Sarawak.
More Stories
Bengkel Suntingan Kendiri dan Pengenalan Buku Kanak-kanak
Bengkel Pembacaan Pruf Profesional
Bengkel Hal Ehwal Penerbitan dan Hak Cipta Penulis