September 16, 2024

Bengkel Pembacaan Pruf Profesional

Pada Sabtu 31 Ogos 2024, seramai 23 orang peserta telah menyertai Bengkel Pembacaan Pruf Profesional – Tahap Asas anjuran PENAWAN yang berlangsung di Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya.

Bengkel yang telah disampaikan oleh Dr Yuznaili Saleh, Munsyi Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kebolehbacaan.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam kebolehbacaan adalah jumlah perkataan, jenis ayat dan laras bahasa.

“Laras bahasa yang digunakan perlu sesuai dengan usia pembaca. Jangan rosakkan buku kanak-kanak dengan tatabahasa yang tinggi,” pesan Dr Yuznaili.

Salah seorang peserta bengkel, Pn Liana Omar mengakui bahawa proses suntingan buku kanak-kanak adalah sangat sukar kerana perlu disesuaikan dengan laras bahasa yang tepat.

Bengkel berakhir kira-kira jam 1.30 tengah hari.