November 22, 2024

Novel PenaWan Noktah

Terbaharu daripada PenaWan!!!

Novel kisah-kisah melingkari kehidupan wanita yang diadaptasi dan terinspirasi daripada kisah-kisah benar.

Sinopsis Noktah

Damai di hati Kuryati, seorang gadis kampung yang tidak bercita-cita besar, sekadar mahu memenuhi hasrat ibu ayahnya yang ingin melihat dia berijazah, menjadi kelam kabut dengan kemunculan seorang jejaka secara tiba-tiba dalam hidupnya. Hatinya berat mahu melayan namun akhirnya dia terpaksa akur mengikut arus suasana dan peristiwa, menjadi isteri kepada Inad, lelaki pendesak, sewaktu masih belajar. Beliau berijazah dengan cemerlang sekaligus bergelar ibu. Perwatakannya yang lembut membuatkan dia menurut apa sahaja kemahuan suaminya, hatta menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi atas desakan sang suami yang mahukan seorang isteri setaraf dengannya dan bergelar Dr. di pangkal nama. Namun, ternyata, ujian besar mendatang, mengganggu-gugat rumahtangga yang selama ini dibina dengan penuh kasih sayang dan kesungguhan. Kuryati yang tidak lagi betah didera secara minda dan emosi, akhirnya membuat keputusan tidak mahu lagi terbelenggu dengan desakan dan paksaan sang suami, yang menentukan segala keputusan. Demi kepentingan dan masa hadapan ketiga-tiga anaknya, Kuryati memilih jalan keluar, menyambung pengajian bukan atas dasar kehendak orang lain mahupun dipaksa akan tetapi atas kesedaran, kemahuan dan kerelaannya sendiri.

Blurb

Kuryati gadis kampung yang sederhana, sekadar mahu memenuhi hasrat dan cita-cita ibu ayahnya yang mahu melihat anak mereka berjaya memiliki segulung ijazah. Hidupnya yang aman damai tiba-tiba berubah dengan kehadiran Inad, seorang jejaka yang suka mendesak. Sungguhpun hatinya berat mahu menerima lamaran Inad, akhirnya Kuryati akur dengan arus suasana. Segala kemahuan dan keputusan Inad di turutinya dengan penuh sabar, sehinggalah kepada memenuhi kehendaknya yang mahukan seorang isteri yang setaraf dengannya iaitu memiliki ijazah Ph.D. Kuryati berusaha sedaya upaya, di samping memenuhi tuntutan dan tanggungjawab sebagai ibu kepada tiga anak-anaknya yang masih kecil, urusan rumahtangga dan tuntutan kerjaya, kadangkala seperti didera secara emosi dan minda. Ujian besar tiba-tiba melanda, mengancam dan menganggu-gugat keharmonian rumahtangga yang selama ini dibina. Mampukah Kuryati menolak badai yang menerpa? Berjayakah dia mengemudi hidup dan masa hadapannya bersama anak-anaknya semula tanpa dipengaruhi, dikawal dan ditentukan oleh orang lain?

Biodata ringkas penulis

Dr. Umi Kalthum Ngah berpengalaman dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik selama 34 tahun di Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal, sebelum memiliki ijazah kedua dalam bidang Psikologi. Terinspirasi dengan Dr. Gwen Smith yang tidak pernah bersara sehingga ke hujung nyawa, beliau bergiat aktif sebagai penulis dan ilustrator buku bergambar, selain menghasilkan lebih daripada 32 buah karya-karya lain setakat ini. Beliau ialah fasilitator dan pembimbing penulisan dalam PenaWan dan juga Ahli Lembaga Pengarah Al Amin Edu Oasis.

Untuk pembelian online:

https://bookcafe.com.my/buku-terbaru