March 12, 2025

Terbaharu daripada PENAWAN

Sukacita dimaklumkan projek buku Rahsia Kejayaan Pelajar hasil penulisan terdiri daripada ahli-ahli PENAWAN telah siap diterbitkan dan kini berada di pasaran.

Projek ini telah dimulakan pada Januari 2024. Barisan penulis yang menjayakan projek ini dibimbing dan diasuh di bawah Pertubuhan Penulis Isu-isu Wanita Nasional (PENAWAN).

Penulis-penulis adalah di kalangan para akademik dan pendidik (yang sudah bersara dan yang masih berkhidmat) yang menerima latihan dan bimbingan secara langsung dalam penulisan genre informatif menggunakan pendekatan persuasif (menurut Adiguru Puan Ainon Mohd).

Buku 1: Psikologi ‘Best Student’ ialah mengenali apa faktor dalam diri pelajar dan bagaimana menangani perkara-perkara seperti persiapan mental dan emosi. (RM28)

Buku 2: Teknik Belajar ‘Best Student’ ini pula mengongsikan teknik-teknik yang para pelajar mampu aplikasi ketika proses pembelajaran. (RM32).

Buku-buku ini sangat sesuai dan bermanfaat untuk para pelajar sekolah bermula sekolah rendah (darjah 4, 5 dan 6), remaja sekolah menengah, para pelajar peringkat IPT malah juga golongan dewasa yang menitik-beratkan Pembelajaran Sepanjang Hayat (Lifelong Learning).

Bagi yang berminat, buku-buku ini boleh didapati daripada penulis secara langsung dan juga di Kedai FPP online.

Boleh dapatkan satu set secara kombo dengan harga RM 50 sahaja.

situs gacor hari ini