[Ucapan Ramadan]
Pertemuan yang Sangat Baik
Kita telah bersua dengan Ramadan. Bulan yang sentiasa dinantikan ketibaannya, dirindui kehadirannya oleh umat Islam.
Daripada Talhah bin Ubaidillah bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika melihat anak bulan yang bermaksud:
“Ya Allah, jadikanlah anak bulan ini datang kepada kami dengan keselamatan keimanan dan kesejahteraan. Tuhanku dan Tuhan kamu adalah Allah. Ia adalah anak bulan kebajikan dan kebaikan.”
(Riwayat At-Termizi)
Orang beriman mempunyai reaksi yang tersendiri. Kita merasai kedatangannya dengan kemeriahan dan sentiasa menikmati wangian rahmatnya.
Kerinduan akan kehadiran Ramadan tidak pernah pudar. Inilah perhiasan yang akan menyinari hati-hati kita. Semerbakkan wangian ini dengan doa yang tidak pernah putus.
“Ya Allah, temukanlah kami dengan Ramadan.”
Moga pertemuan ini memacu seluruh ahli keluarga kita memenuhkan ruang dan peluang dengan beribadah, puasa, solat, al-Quran, tarawih, sedekah serta beramal dengan beraneka amal-amal kebaikan.
Moga Allah SWT menerima segala usaha ikhlas kita.
Aamiin.
Puan Mahayati Ibrahim
Pengerusi PenaWan
More Stories
Maulidur Rasul 2024H/1446H
Selamat Hari Ibu
Selamat Menyambut Aidilfitri