June 8, 2026

Art Therapy, Terapi Minda, Penenang Jiwa (melalui lukisan)

Pada 6 Jun 2026, telah berlangsung program Bengkel Art Therapy, Terapi Minda, Penenang Jiwa (melalui lukisan) anjuran PENAWAN bertempat di Dewan SIP, Wisma PERKESO, Kuala Lumpur.

Seramai 17 peserta yang hadir, terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Acara dimulakan dengan sesi perkongsian tentang 4 Akta PERKESO, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) Lindung Kendiri dan MyFutureJob, dari tiga pegawai PERKESO, Puan Raja Raina Sacha Binti Saharman, Puan Nor Hasmida Binti Ibrahim dan Puan Safiah Beevi Binti Sulaiman.

Acara kemudian diteruskan ke agenda utama iaitu Bengkel Art Therapy di bawah bimbingan Dr Umi Kalthum Ngah, Penasihat 1 PENAWAN.

Bengkel kali ini memfokuskan kepada teknik melukis dan mewarna mewarna asas menggunakan ‘Oil-based coloured pencils’ (teknik mewarna memggunakan pensel warna asas minyak) bermula dari teknik memegang pensel, sumber cahaya, ‘layering’ dan ‘blending’.

PENAWAN berharap segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh peserta dalam bengkel kali ini mencapai objektif ‘Terapi Minda’ yang dihajatkan.

PENAWAN juga sungguh berbesar hati dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada PERKESO atas kesudian menyediakan tempat yang sungguh kondusif untuk program kali ini dan juga atas perkongsian yang sungguh bermanfaat.

Para peserta bukan saja dapat menimba ilmu baru tentang lukisan oily pencil color, tetapi juga dapat pendedahan tentang apa yang ditawarkan di bawah program-program perlindungan PERKESO.