April 22, 2026

Pertemuan PENAWAN bersama S/U Politik Menteri Pendidikan Malaysia

Pada Khamis, 16 April 2026, PENAWAN telah menerima undangan pertemuan dengan YB Rozana Zainal Abidin, Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan Malaysia di pejabatnya di Putrajaya.

Mewakili PENAWAN adalah Dr Umi Kalthum Ngah (Penasihat 1) dan IR Hajah Endok Sempo (Penasihat 2) dan
TokWanPian (suami Dr Umi Kalthum Ngah) yang juga seorang ahli PENAWAN.

Antara dibincangkan ialah dana penerbitan daripada pihak Kementerian untuk buku berjudul ’25 Tokoh Wanita Muslim Yang Menginspirasi Dunia’. Menurut YB Rozana ianya masih di dalam proses.

Pertemuan dan perbincangan sejam penuh mesra itu membuka ruang besar untuk bersama-sama membina modul kesedaran nilai dan jati diri untuk pelajar, memperkukuh peranan wanita sebagai agen pembinaan ummah, serta menyemai budaya membaca, berfikir dan beradab sejak usia muda.

Dengan kekuatan PENAWAN dalam naratif penulisan dan advokasi wanita, insyaAllah kita mampu menyumbang kepada ekosistem pendidikan yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga kukuh dari segi jiwa dan akhlak.

Terima kasih kepada YB Rozana Zainal Abidin dan pembantu khasnya Puan Amira atas layanan mesra.
Semoga dapat merintis jalan dalam libat urus selanjutnya.