Isu-isu masyarakat yang menggugat. Apa yang mampu diubat?
Dalam era ledakan maklumat, kebanyakan generasi masa kini tenggelam di dalamnya. Kehidupan secara individualistik semakin berkembang hasil daripada keasyikan generasi sekarang terbuai dengan media sosial yang merampas sebahagian besar masa yang ada.
Kehidupan tidak lebih daripada kerja dan balik kerja kemudian disibukkan oleh media sosial yang mencuri masa bukan sedikit.
Realitinya pelbagai perkara yang disajikan di dalam media sosial. Perkara baik, maksiat dan perkara yang sia-sia saling berebut mengambil tempat. Tambahan pula ia hanya berada di hujung jari. Kita sebagai pengguna kena bijak memilih.
Terjaminkah pilihan itu tepat dan baik? Ramai yang tersasar. Bermula di media sosial akhirnya bersemuka dan membentuk kelompok. Kewujudan kelompok menjadikan seseorang itu lagi jauh hanyut dibawa arus keseronokan yang membinasakan. Lantas ramai yang parah dan keadaan terus membarah.
Apa pilihan yang ada bagi membantu golongan ini?
Nah, kita bawa sembang santai kali ini bagi memahami dan mengambil langkah yang perlu bagi membantu golongan yang disasar.
Jom daftar sekarang!
Terhad 50 tempat!!!
Sembang Santai bersama Datin Fauziah Ramly
Tarikh : 23 Julai 2023
Tempat : Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya
Masa : 9-11 Pagi
Kita membuka peluang juga bagi mereka yang tidak dapat hadir menyaksikan program secara ’live’ melalui link berbayar.
Pendaftaran Sembang Santai: https://forms.gle/X5isJRziYehCvn649
Untuk makluman, yuran tak boleh dipulangkan kembali.
More Stories
Bengkel Suntingan Kendiri & Pengenalan Buku Kanak-kanak untuk Penulis Pemula
Bengkel Suntingan Kendiri
Bengkel Penulisan, Penerbitan dan Hak cipta