May 18, 2025

Selamat Hari Guru

Semua Bermula dari Guru
(Inspirasi dari Sajak Usman Awang)

Semua bermula dari guru,
Yang sabarnya menanam ilmu,
Pada hati kecil yang kosong dan ragu,
Lalu tumbuh yakin, dan jiwa yang jitu.

Guru bukan sekadar mengajar,
Tapi menyemai harapan yang mekar,
Membuka pintu dunia luas terbentang,
Menunjuk jalan walau tujuannya hilang.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berucap petah,
Seorang doktor menyelamat nyawa yang lelah,
Seorang peguam membela dengan gagah,
Semua bermula dari sebatang kapur, dan tangan yang tabah.

Guru prihatin, mendidik berhemah,
Mengusap luka jiwa yang lemah,
Mendengar tangis walau tiada seruan,
Menuntun harapan, menyalur kekuatan.

murid pun bangkit jadi insan gemilang,
Bukan hanya hafal, tapi faham,
Bukan hanya cemerlang, tapi berbudi dan berjuang,
Menjadi cahaya kepada dunia yang suram.

Guru yang bergeliga,
Ibarat pelita di malam gelita,
Menunjuk arah tanpa alpa,
Akar teguh menjulang bangsa.

Murid yang cemerlang bukan hanya pintar,
Tapi jiwanya jujur dan sabar,
Menjaga nilai, berkata benar,
Menjadi sinar untuk sirna yg tercemar

Guru, engkau tak minta dibalas budi,
Namun jasamu kekal abadi,
Namamu terukir di dada kami,
Dalam doa, setiap pagi dan sepanjang hari

Guru, engkau tak minta dikenang,
Tapi namamu tetap disanjung orang,
Kerana dari susukmu yang tenang,
Bangsa berdiri, tamadun menjulang.

Terima kasih, wahai pendidik sejati,
Kerana engkau kami mengenal erti maknawi,
Dunia bukan hanya lulus dan gaji,
Tapi tanggungjawab dan harga diri.

Terima kasih, cikgu,
Kerana engkau, kami tahu,
Langit bukan batas buat yang berilmu,
hidup ini tentang jasa yang dikenang selalu.

Terima kasih, cikgu.
Kerana engkau, kami tahu
Langit itu bukan batas,
Dan hidup ini bukan sekadar lulus.

Terima kasih guru, jasamu tiada terbalas,
Namun Tuhan Maha Pemurah, Maha Ikhlas,
Setiap ilmu yang terus bernafas,
Menjadi pahala yang tak pernah lepas