SAMBUTAN TAHUN BARU 2026
PENAWAN (Pertubuhan Penulis Isu-isu Wanita Nasional)
PENAWAN merakamkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya para penulis dan aktivis masyarakat sivil yang terus istiqamah memperjuangkan nilai keadilan, ilmu dan kemanusiaan.
Tahun baharu ini hadir sebagai ruang muhasabah dan pembaharuan komitmen dalam usaha membina negara berteraskan rahmah, keadilan sosial dan masyarakat madani. Dalam suasana dunia yang semakin mencabar dan kompleks, wacana yang beretika dan berpaksikan nilai kemanusiaan amat diperlukan.
Seiring dengan visi PENAWAN untuk menjadikan penulisan sebagai wahana kesedaran, advokasi dan penyelesaian kepada isu-isu wanita serta masyarakat, pertubuhan ini kekal komited menyatukan penulis daripada pelbagai latar belakang. PENAWAN percaya penulisan bukan sekadar menyuarakan keresahan, tetapi juga ruang menawarkan solusi dan harapan.
Memasuki 2026, PENAWAN akan meneruskan misinya memperkasa penulis wanita merentas generasi, memperluas wacana awam yang membina, serta menyumbang secara aktif dalam aktivisme rahmah yang menyatukan masyarakat.
Semoga Tahun 2026 menjadi tahun pengukuhan nilai dan peluasan makna sumbangan, khususnya dalam menjadikan penulis wanita sebagai ejen perubahan yang berilmu, berprinsip dan berjiwa rahmah.
Selamat Tahun Baharu 2026.
Puan Mahayati Ibrahim
Pengerusi PENAWAN
(Pertubuhan Penulis Isu-isu Wanita Nasional)

More Stories
Kenyataan Media Hari Ibu
Kenyataan Media Hari Wanita
Bersama Untuk Tamatkan Keganasan Terhadap Wanita